Rainbow Cookies(Biskut Pelangi)

bahan-bahan untuk membuat biskut rainbow....
selamat mencuba....

Bahan-bahan:
  • 2 cawan butter - aku guna brand planta
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil emplex - Benda ni kat kedai kek berlambak bertujuan nak bagi biskut tu ranggup
  • 3 biji putih telur - Tapi nak guna 4 biji telur pun boleh.

cara membuatnya:
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex
  2. Pukul butter dan gula kastor sampai sebati.
  3. Masukkan putih telur sikit demi sikit.
  4. Lepas tu, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex dalam adunan butter dan gula kastor.
  5. Bila dah sebati semua adunan, bahagikan adunan ni kepada 5 bekas.
  6. Masukkan pewarna dan masukkan adunan dalam piping tube. 
  7. Kemudian, selang- selikan warna tu ikut turutan.
  8. Bakar pada suhu 150'C selama 15-30 minit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan